Tuesday, 31 October 2017

Sejarah Bab 8 Tingkatan 2

8.1 MAKSUD SEMANGAT KEBANGSAAN        

Definisi

🍁 Perasaan cinta dan taat setia yang mendalam

  terhadap bangsa dan tanah air.



Kesan menghayati                                                                                                   
🍁Keazaman berjuang menebus maruah bangsa 
  dan membentuk masa depan bangsa dan negara.    


🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡


  8.2 Perkembangan Negara Luar Memberi
       Inspirasi Perjuangan



πŸ‘‰ Pada awal kurun ke-20, berlaku gerakan
      kesedaran kebangsaan
      Turki,Meir,Jepun,China,Filipina,India dan
      Indonesia atas faktor-faktor tertentu

πŸ‘‰ Pergerakan-pergerakan yang berlaku pada
      ketika itu telah memberi suatu inspirasi 
      kepada penduduk Tanah Melayu untuk 
      menentang penjajahan British.


a) Gerakan Kebangkitan Islam di Timur Tengah  












 
         
     Empayar Uthmaniyah pada akhir kurun ke-19

  • Diusahakan pada akhir kurun ke-19.
  • Kebangkitan ini disebabkan oleh kuasa-kuasa Barat yang berjaya memecahbelahkan dan menguasai empayar Islam Turki Uthmaniyah.
  • Pengaruh Barat di Turki telah mencetuskan Gerakan Pan- Islam. 
  • Tujuan pertubuhan ini ialah untuk menyatukan seluruh    umat Islam dan menentang penjajahan Barat.
  • Gerakan ini dapat mempengaruhi dan menyatukan umat  Islam di negara-negara Timur Tengah,India dan Gerakan ini dapat mempengaruhi dan menyatukan umat  Islam di negara-negara Timur Tengah,India dan Asia Tenggara termasuk Tanah Melayu untuk menentang kuasa asing.

b) Gerakan Pemulihan Islam Mesir
  • Gerakan ini turut mempengaruhi kebangkitan semangat  kebangsaan di Tanah Melayu.
  • Pada tahun 1882, Mesir dijajah oleh British dan telah mencetuskan Gerakan Islah
  • Gerakan Islah atau Gerakan Pemulihan Islam ialah gerakan menyeru orang Islam berpegang kepada ajaran Islam sebenar berdasarkan al-Quran dan Hadis juga menyeru umat Islam supaya bersatu menentang penjajahan Barat di negara Islam
  • Gerakan ini dipelopori Sayid Jamaluddin al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh
  • Selepas itu,pengaruh gerakan ini disebarkan ke Tanah Melayu oleh pelajar yang menuntut di Mesir setelah kembali ke tanah air.



Sayid Jamaluddin Al Afghani




Syeikh Muhammad Abduh 



c) Perang Rusia-Jepun

  • Pada tahun 1905, Jepun berjaya mengalahkan Rusia dalam Perang Rusia-Jepun
  • Pertama kali dalam sejarah moden, sebuah negara Asia berjaya mengalahkan sebuah kuasa Eropah
  • Kejayaan ini turut menyemarakkan semangat negara-negara Asia yang lain untuk menentang penjajahan Barat.

d) Gerakan Kesedaran Kebangsaan China

  • Pada tahun 1911, berlaku Revolusi China yang dipimpin  oleh  Dr.Sun Yat Sen
  • Beliau berjaya menumbangkan kerajaan Manchu dan      menubuhkan sebuah negara republik China
  • Keadaan ini mampu membangkitkan kesedaran rakyat    Tanah Melayu untuk menentang British.


Dr. Sun Yat Sen



  e)Gerakan Kesedaran Kebangsaan Filipina

  • Jose Rizal yang memimpin perjuangan rakyat Filipina      menentang penjajahan Sepanyol dengan menubuhkan Liga  Filipina 
  • Tujuan pertubuhan ialah untuk memajukan orang              Filipina dan menuntut Sepanyol memberi layanan adil      kepada rakyat Filipina.


  Jose Rizal
             


f) Gerakan Kesedaran Kebangsaan India


  • Gerakan ini dipimpin oleh Mahatma Gandhi.
  • Tujuan pertubuhan gerakan ialah untuk membebaskan India daripada penjajahan British 


Mahatma Gandhi



g) Gerakan Kesedaran Kebangsaan Indonesia
  • Soekarno menubuhkan Parti Nasional Indonesia untuk    membebaskan Indonesia daripada penjajahan Belanda


Soekarno
                         


🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡



8.3 Gerakan Islah Mencetuskan                                                 Kesedaran Kebangsaan 

(i) Latar belakang Gerakan Islah di Tanah Melayu
  • Pada awal kurun ke-20, semangat kebangsaan                dibangkitkan oleh golongan pelajar yang berpendidikan di Universiti al-Azhar, Mesir.
  • Mereka terpengaruh dengan idea pemulihan Islam oleh    Sayid Jamaluddin al-Afghani dan Sheikh Muhammad        Abduh
  • Sekembali ke Tanah Melayu, mereka memulakan Gerakan Islah di Tanah Melayu yang dikenali sebagai ‘Kaum Muda’
  • Antara tokoh pelopor Gerakan Islah di Tanah Melayu        adalah:- 
                a)Sheikh Muhammad Thani bin
                   Jalaluddin
                b) Haji Abbas bin Muhammad Taha 
                c) Syed Sheikh Ahmad al-Hadi

(ii) Penyebaran Idea Gerakan Islah
  • Idea pembaharuan ‘Kaum Muda’ disebarkan melalui        majalah ‘Al-Imam’ (pemimpin) yang diterbitkan di          Singapura tahun 1906
  • Tujuan penerbitan adalah untuk -                                   “… mengingatkan        mereka yang lalai dan menjagakan mereka yang tidur dan menunjukkan mereka yang sesat dan menyampaikan suara yang menyeru dengan kebaikan    …”.
  • Majalah ini memberi kesan besar dalam perkembangan  pemikiran orang Melayu
  • Orang Melayu mula sedar kepentingan pendidikan dan    ekonomi mereka
  • Antara seruan Al-Imam ialah:-
1.  menyeru orang Melayu berpegang kepada al-Quran dan  Hadis
2.   tekankan pentingnya ilmu pengetahuan untuk mencapai  kejayaan
3.     menitikberatkan pengetahuan sejarah kerana banyak      iktibar yang boleh dipelajari
4.  menasihati ibu bapa supaya memberikan pendidikan      sempurna kepada anak-anak
5. menggesa kaum wanita diberi peluang mendapatkan    pendidikan
6.  mengetepikan adat resam dan kepercayaan karut yang  boleh menghalang kemajuan
  • Pada tahun 1908, majalah Al-Imam dihentikan                penerbitannya dan diteruskan oleh akhbar lain seperti    Neracha, Al-Ikhwan,Pengasuh dan Saudara
Kaum Muda menubuhkan beberapa buah madrasah untuk    menyebarkan idea dengan lebih berkesan seperti  :                  
  πŸ„ Madrasah al-Masyhur al-Islamiah di Pulau Pinang
  πŸ„Madrasah al-Diniah Kampung Lalang di Padang                     Rengas     
  πŸ„Madrasah Il-Ihya Assyariff, Gunung Semanggol di                   Perak

(iii) Tentangan Gerakan Islah
  • Idea pembaharuan Kaum Muda ditentang oleh ‘Kaum Tua’ melalui akhbar ‘Suara Benar’ dan ‘Lidah Benar’
  • Kaum Tua terdiri daripada golongan ulama’ dan pegawai  agama yang tidak menerima idea Islah Kaum Muda
  • Mereka berpegang kuat kepada adat dan agama Islam
  • Pertelingkahan antara mereka hanyalah perkara kecil yang tidak melibatkan perkara pokok dalam agama Islam

(iv) Tokoh Pelopor Gerakan Islah di Tanah Melayu

🌰Syeikh Muhammad 
     Tahir Jalaluddin
  • Lahir di Sumatera pada tahun 1869
  • Berpendidikan di Makkah dan di Universiti    al-Azhar, Mesir
  • Menerbitkan majalah Al-Imam
  • Pernah dilantik sebagai Mufti Negeri Perak





🌰Haji Abbas Muhammad Taha
  • Lahir di Singapura pada tahun 1885
  • Berpendidikan di Makkah.
  • Pernah dilantik sebagai kadi di kawasan Tanjung Pagar, Singapura.
  • Menerbitkan akhbar Neracha.






🌰 Syed Sheikh al-Hadi
  •  Lahir di Melaka pada tahun 1862
  •  Mendapat pendidikan agama di               Terengganu dan di Pulau Penyengat,       Riau
  •  Sering berkunjung ke Makkah dan           Mesir
  •  Mendalami idea perjuangan Syeikh         Muhammad Abduh
  •  Menerbitkan akhbar Al-Ikhwan dan         Saudara


🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡



8.4 Intelektual Mematangkan Perjuangan




- Gerakan Islah telah menimbulkan kesedaran di kalangan      intelektual Melayu
- Pada tahun 1930-an golongan intelektual ini                            menyemarakkan kesedaran kebangsaan.

(i) Golongan Intelektual Pendidikan Melayu
     
  •  Merupakan lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris         (MPSI), Tanjung Malim, Perak.
  • Mereka terdiri daripada guru-guru Melayu yang            berperanan sebagai pemimpin kepada masyarakat.
  • MPSI disifatkan sebagai ‘The Cradle of Malay              Nationalism’
  • Berganding bahu dengan golongan cerdik pandai            agama untuk memajukan orang Melayu dalam bidang      ekonomi dan pendidikan
  • Usaha ini menimbulkan kesedaran untuk membebaskan  Tanah Melayu daripada penjajahan British 
  • Antara tokoh nasionalis berpendidikan inggeris yang        turut serta dalam memperjuangkan kesedaran                kebangsaan :-                                                     
                   a) Harun Aminurrashid
                   b) Ibrahim Haji Yaacob
                   c) Abdul Hadi Hassan


🌸 Harun Aminurrashid
  • Tokoh pejuang kebangsaan               lepasan MPSI
  • Merupakan guru yang bersemangat  kebangsaan
  • Penulis yang aktif mempelopori        penulisan puisi bertemakan          semangat kebangsaan                                      



🌸 Abdul Hadi Hassan
  • Seorang pensyarah  MPSI 
  • Sentiasa menanamkan semangat        cinta  akan bangsa dan negara kepada  para pelajarnya





ii) Golongan Intelektual Pendidikan Inggeris

  • Berjuang menuntut hak orang Melayu dalam bidang        ekonomi, pendidikan dan pentadbiran
  • Menubuhkan persatuan dan bidang penulisan untuk        memperjuangkan kepentingan orang Melayu
  • Antara tokoh-tokohnya ialah Raja Chulan, Mohammad    Eunos Abdullah, Dato’ Onn Jaafar dan Ishak Haji            Muhammad.

πŸ‚ Raja Chulan
  • Mendapat pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar
  • Pada tahun 1924,beliau dilantik          menjadi Ahli Majlis Perundangan    Persekutuan
  • Menggesa British meningkatkan taraf  ekonomi orang Melayu dan                  menambah peluang orang Melayu      dalam perkhidmatan kerajaan.




πŸ‚Mohammad Eunos Abdullah
  • Berpendidikan Inggeris di Raffles    Institution, Singapura
  • Merupakan orang Melayu pertama  dilantik sebagai Ahli Majlis              Perundangan Negeri-Negeri Selat
  • Pernah bertugas sebagai Ketua      Pengarang akhbar Utusan Melayu dan Lembaga Melayu
  • Pada tahun 1926 ,menubuhkan      Kesatuan Melayu Singapura



πŸ‚ Dato’ Onn Jaafar
  • Berpendidikan Inggeris di England dan Kolej Melayu Kuala Kangsar
  • Pernah menjadi pengarang akhbar  Warta Malaya,Lembaga Malaya        dan Warta Ahad
  • Pada tahun 1936, beliau dilantik      sebagai Ahli Tidak Rasmi dalam       Majlis Mesyuarat Negeri Johor






🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡



8.5 Perjuangan Nasionalisme Melalui Mata Pena




  Peranan Akhbar dan Majalah Melayu




1. Mengkritik dasar British yang tidak menguntungkan                Melayu.


2. Menyeru orang Melayu bersatu dan menghapuskan                semangat kenegerian.

3. Menuntut kedudukan yang lebih baik dalam bidang                pentadbiran, ekonomi dan pendidikan. 






 Antara Akhbar yang Berpengaruh Sebelum 
        Perang Dunia Kedua 
·          
     πŸ€ Warta Malaya


Diterbitkan di Singapura. Pengarang pertamanya ialah Dato'  Onn Jaafar. Menyiarkan persoalan tentang keadaan                sosioekonomi orang Melayu. Mendesak supaya orang            Melayu diberikan lebih jawatan penting dalam perkhidmatan  kerajaan.
·         
     πŸ€ Majlis


Diterbitkan di Kuala Lumpur. Pengarang pertamanya ialah    Abdul Rahim Kajai. Majlis dengan beraninya                    mendedahkan kelemahan dasar British yang                mengancam kedudukan orang Melayu.
·         
     πŸ€ Utusan Melayu


Diterbitkan di Singapura. Pengarang pertamanya    ialah Abdul Rahim Kajai. Menggesa orang Melayu  meningkatkan taraf ekonomi. Menggesa menubuhkan persatuan bagi memperjuangkan nasib bangsa dan tanah air.


 Kegiatan Persuratkhabaran dalam Kalangan Orang Cina dan Orang India Sebelum Perang Dunia Kedua

·         
   Akhbar mereka banyak melaporkan berita mengenai  kegiatan ekonomi dan sosial mereka di Tanah Melayu di samping menyiarkan peristiwa yang berlaku di China dan      India.
·         Selain itu, terdapat juga akhbar-akhbar yang diterbitkan oleh Masyarakat Cina Peranakan dan Jawi Peranakan dalam        Bahasa Melayu.
·         Antara akhbar yang diterbitkan olah Jawi Peranakan ialah      Jawi Peranakan,Sekola Melayu, Taman Pengetahuan dan      Tanjung Penagri.
·         Antara akhbar yang diterbitkan oleh Cina Peranakan ialah Surat Khabar Peranakan, Bintang Timor, Khabar Uchapan      Baru dan Bintang Pranakan.
·        
      Akhbar-akhbar ini menyiarkan :

         1. Berita hal ehwal masyarakat mereka

         2. Berita ringkas mengenai peristiwa yang berlau di                     dalam dan luar negara
·          
     πŸ”₯Akhbar Cina
·         
       Akhbar Lat Pau, Nanyang Siang Pau, Sin Chew Jit Poh dan Modern Daily News. Lat Pau ialah akhbar harian pertama dalam kalangan Masyarakat Cina yang diterbitkan pada tahun 1881. Isu yang dilaporkan ialah berita tentang kegiatan sosial dan ekonomi orang Cina di Tanah Melayu dan menyiarkan peristiwa yang berlaku di Cina.
·         
     πŸ”₯ Akhbar India


Akhbar Ulaga Nesan, Tamil Nesan dan Tamil Murasu. Tamil Nesan diterbitkan pada 24 September 1924 di Kuala Lumpur. Isu yang dilaporkan ialah berita tentang kegiatan sosial dan ekonomi mereka di Tanah Melayu dan menyiarkan peristiwa yang berlaku di India.
·         
     πŸ”₯ Sekolah Melayu


Diterbitkan pada tahun 1888. Dijadikan bahan rujukan di sekolah Melayu. Menanam semangat suka belajar dalam kalangan pelajar.
·        
     πŸ”₯ Bintang Timor


Diterbitkan pada tahun 1894. Satu-satunya akhbar yang berani melaporkan berita pemberontakan Dato' Bahaman di Pahang.
·         
     πŸ”₯ Bintang Pranakan


Diterbitkan pada tahun 1930. Membicarakan hal ehwal masyarakat Cina Peranakan. Menunjukkan taat setia mereka kepada British.



Kesedaran Kebangsaan Melalui Penulisan Kreatif

·        
    Golongan guru, penulis dan wartawan menjadikan karya        kreatif ini sebagai saluran untuk menyalurkan perjuangan orang Melayu.
·         
    Puisi-puisi ini bertujuan :

        1. Menyuburkan perasaan cinta akan bangsa dan                       negara
         2. Menyeru merebut peluang ekonomi
         3. Mempertahankan maruah bangsa
·         

      Antara penulis cerpen yang terkenal ialah Abdul Rahim       Kajai, Ishak Haji Muhammad dan Shamsuddin Salleh.
·             Karya-karya sastera ini bertemakan semangat perjuangan,   nasib bangsa dan semangat cinta akan tanah air.
·         


   Antara novel dan cerpen yang meniup kesedaran           kebangsaan ialah :



KARYA
PENULIS
TAJUK




NOVEL
SYED SYEIKH AL-HADI

HIKAYAT FARIDAH HANUM
AHMAD RASHID TALU

LAKAH SALMAH?
HARUN AMINURRASHID

MELOR KUALA LUMPUR

ISHAK HAJI MUHAMMAD
PUTERA GUNUNG TAHAN

ANAK MAT LELA GILA

ABDUL KADIR ADABI

MELATI KOTA BHARU




PUISI

HARUN AMINURRASHID
TENAGA KAUMKU

RAYUAN BANGSA MU

PERWIRA MELAYU



ABDUL SAMAD AHMAD
SERUNAI PUJANGGAN

KAPAL TIADA NAKHODA

HARI KEJATUHAN KITA


     MUHAMMAD YUSUF HARUN

DUNIA YANG FANA

DI LAUT SEBERANG

OMAR MUSTAFFA
BANGKITLAH




CERPEN
ABDUL RAHIM KAJAI
SERITA AWANG PUTAT

ISHAK HAJI MUHAMMAD
RUMAH BESAR TIANG SEBATANG


SHAMSUDIN SALLEH
   DI SINI KITA BUKANNYA ORANG DAGANG

SIASATLAH YANG TIADA DIMINTA






PENERBITAN AKHBAR MELAYU






🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡


8.6 KESEPAKATAN MENJAMIN KEUTUHAN                              PERJUANGAN
·         
       Pertubuhan peringkat awal bersifat kenegerian.
·         Pertubuhan ini kemudiannya menjadi pendorong kepada         kemunculan pertubuhan yang bersifat kebangsaan.
    
Kemunculan Pertubuhan Melayu


1) Kesatuan Melayu Singapura (KMS)

    Latar Belakang                                                                         
Ditubuhkan pada tahun 1926 yang diasaskan oleh              Muhammad Eunos Abdullah. KMS dianggotai oleh              bangsawan, kakitangan kerajaan, wartawan dan peniaga.      
· 
    Tujuan Penubuhan                                                                   
Menggalakkan ahlinya memainkan peranan yang lebih besar dalam politik dan pentadbiran, memperjuangkan hak orang    Melayu dalam bidang pendidikan dan menjadi wakil orang      Melayu untuk berurusan dengan kerajaan British berkaitan    hak dan kepentingan orang Melayu.

·         Kesan                                                                                       
KMS menjadi perangsang penubuhan persatuan bagi          memperjuangkan kepentingan orang Melayu di negeri    masing-masing. Antaranya ialah Persatuan Melayu Selangor, Persatuan Melayu Perak, Persatuan Melayu Pulau Pinang,    Persatuan Melayu Pahang dan Persatuan Melayu Kelantan.  


2)  Persatuan Melayu Selangor (PMS)

·         Latar  Belakang
Ditubuhkan pada tahun1938 dan dipimpin oleh Tengku Ismail bin Tengku Mohd.Yasssin.

·         Tujuan Penubuhan
Mendesak lebih ramai pegawai Melayu ditempatkan dalam    kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, keanggotaan      Askar Melayu diperbesarkan, menubuhkan angkatan tentera  laut dan udara di Tanah Melayu.


3) Persaudaraan Sahabat Pena (PASPAM)

·         Latar Belakang                                                                         
Ditubuhkan pada bulan April 1934 dan mempunyai cogan      kata 'Hidup Bahasa Hidup Bangsa'

·        Tujuan Penubuhan                                                                   
Menggalakkan ahli-ahlinya dari Tanah Melayu, Singapura,      Sabah dan Sarawak bertukar-tukar pendapat dan                    meningkatkan semangat dan kesedaran kebangsaan dalam  kalangan mereka.                                                                     

       Kesan                                                                                       
PASPAM mengadakan persidangan peringkat kebangsaan    yang pertama di Taiping, Perak. Persidangan itu  berjaya        menghimpunkan ahlinya dari seluruh Tanah Melayu.              Semangat kenegerian telah dapat dipecahkan dan konsep    kebangsaan Melayu mula dibentuk Persidangan kebangsaan seterusnya diadakan di Pulau Pinang, Singapura, Ipoh dan    Seremban.                                                                                

4)  Kesatuan Melayu Muda (KMM)


·         Latar Belakang
KMM ditubuhkan pada tahun 1938 di Kuala Lumpur dan        diasaskan oleh Ibrahim Haji Yaakob. Beliau menubuhkan  KMM kerana berpendapat persatuan berasaskan kenegerian tidak menguntungkan orang Melayu.  Kebanyakan anggota    KMM terdiri daripada guru lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI).

·         Tujuan Penubuhan
Berjuang untuk membebaskan Tanah Melayu daripada          penjajahan British, bercita-cita menyatukan Tanah Melayu      denagn Indonesia bagi mewujudkan Melayu Raya,                  menanamkan semangat perpaduan dan kesedaran orang      Melayu untuk mempertahankan hak mereka.

·         Kesan
 Perjuangan KMM dianggap radikal kerana :
  •   Mengamalkan dasar tidak bekerjasama dengan British
  •  Berani menyuarakan penentangan secara terbuka         terhadap British

KMM mengadakan pakatan sulit denga Jepun untuk              menentang British. Akhbar Warta Malaya digunakan untuk      membangkitan perasaan anti British dan memperjuangkan    cita-cita perjuangan KMM. Pada tahun 1941, British bimbang dengan gerakan KMM. Ibrahim Haji Yaakob dan 150              anggotanya dipenjarakan di Singapura. Mereka dibebaskan  semasa pendudukan Jepun. Walaubagaimanapun,                KMM diharamkan oleh Jepun pada tahun 1942.

Ciri-Ciri Pertubuhan Melayu Sebelum Perang Dunia Kedua
  • ·         Perjuangan pertubuhan bersifat sederhana.
    ·         Mereka menunjukkan kesetiaan yang kuat kepada raja-raja Melayu dan bekerjasama dengan British.
    ·         Mereka mendesak supaya lebih banyak peluang diberikan kepada orang Melayu dalam pentadbiran kerajaan.
    ·         Persatuan- persatuan ditubuhkan untuk meningkat kedudukan ekonomi dan sosial orang Melayu.
    ·         Persatuan dianggotai oleh cerdik pandai Melayu yang berpendidikan Inggeris dan berkhidmat dengan kerajaan British.


Kongres Melayu Se-Tanah Melayu

·         Kesatuan Melayu Singapura bersama-sama dengan Persatuan Melayu Selangor telah menganjurkan Kongres Melayu Se-Tanah yang pertama

·         Kongres Melayu pertama :
1.     Diadakan di Kuala Lumpur pada tahun1939
2.     Kongres bertujuan untuk mewujudkan perpaduan kebangsaan dalam kalangan orang Melayu.
·         Antara kejayaan kongres ialah :
1.     Diadakan di Singapura pada tahun 1940
2.     Kongres telah berjaya menarik lebih banyak persatuan Melayu termasuk Sarawak dan Brunei.
3.     Kongres menyarankan supaya semua persatuan Melayu bekerja keras bagi memajukan orang Melayu di negeri masing-masing.
·         Kongres Melayu ketiga pada tahun1941 tidak dapat diadakan kerana Jepun telah menyerang Tanah Melayu



Pertubuhan Orang Cina dan India


·         Pertubuhan Orang Cina
Pada awal kurun ke-20, terdapat beberapa  pertubuhan orang Cina di Tanah Melayu seperti Hsing Chong Hui dan Chung Ho Tang. Pertubuhan ini menumpukan perhatian kepada negara China.

·         Pertubuhan Orang Cina Peranakan

Orang Cina yang dilahirkan di Negeri-negeri Selat atau Cina Peranakan adalah warganegara British. Mereka memberi perhatian kepada politik tempatan. Pada tahun 1900, orang Cina Peranakan yang berpendidikan Inggeris seperti Tan Jiak Kim, Lim Bong Keng, Song Ong Siang dan Seah Liang Seah telah menubuhkan Persatuan Orang Cina Peranakan British. Persatuan ini ditubuhkan  bertujuan melindingi kepentingan orang Cina Peranakan di negeri-negeri Selat. Persatuan ini menggalakkan orang Cina Peranakan mendapat pendidikan tinggi dan teknikal. Tan Cheng Lok adalah tokoh penting pertubuhan ini.

·         Pertubuhan Orang India


Sebelum Perang Dunia Kedua, orang India terpengaruh dengan gerakan kebangsaan di negara asal mereka. Golongan berpendidikan Inggeris pula menubuhkan persatuan bagi melindungi kepentingan orang India di Tanah Melayu. Persatuan ini ditubuhkan di bandar utama di Taiping, Kuala Lumpur, Klang, Melaka, Seremban dan Pulau Pinang. Pada tahun 1936, Persatuan India Pusat Tanah Melayu telah ditubuhkan bawah pimpinan A.M Soosay. Persatuan tersebut ditubuhkan bagi memperjuangkan hak dan kepentingan orang India di Tanah Melayu. Persatuan ini merupakan gabungan 12 buah persatuan India dan empat buah dewan perniagaan India.

Sejarah Bab 8 Tingkatan 2

8.1  MAKSUD SEMANGAT KEBANGSAAN          Definisi 🍁  Perasaan cinta dan taat setia yang mendalam   terhadap bangsa dan tanah...