8.1 MAKSUD SEMANGAT KEBANGSAAN
Definisi
π Perasaan cinta dan taat setia yang mendalam
terhadap bangsa dan tanah air.
Kesan menghayati
πKeazaman berjuang menebus maruah bangsa
dan membentuk masa depan bangsa dan negara.
π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅
8.2 Perkembangan Negara Luar Memberi
Inspirasi Perjuangan
π Pada awal kurun ke-20, berlaku gerakan
kesedaran kebangsaan
Turki,Meir,Jepun,China,Filipina,India dan
Indonesia atas faktor-faktor tertentu
π Pergerakan-pergerakan yang berlaku pada
ketika itu telah memberi suatu inspirasi
kepada penduduk Tanah Melayu untuk
menentang penjajahan British.
a) Gerakan Kebangkitan Islam di Timur Tengah
- Diusahakan
pada akhir kurun ke-19.
- Kebangkitan
ini disebabkan oleh kuasa-kuasa Barat yang berjaya memecahbelahkan dan
menguasai empayar Islam Turki Uthmaniyah.
- Pengaruh
Barat di Turki telah mencetuskan Gerakan Pan- Islam.
- Tujuan
pertubuhan ini ialah untuk menyatukan seluruh umat Islam dan
menentang penjajahan Barat.
- Gerakan ini dapat mempengaruhi dan menyatukan umat Islam di negara-negara Timur Tengah,India dan Gerakan ini dapat mempengaruhi dan menyatukan umat Islam di negara-negara Timur Tengah,India dan Asia Tenggara termasuk Tanah Melayu untuk menentang kuasa asing.
b) Gerakan Pemulihan Islam Mesir
- Gerakan ini turut
mempengaruhi kebangkitan semangat kebangsaan di Tanah Melayu.
- Pada tahun 1882, Mesir
dijajah oleh British dan telah mencetuskan Gerakan Islah
- Gerakan Islah atau Gerakan
Pemulihan Islam ialah gerakan menyeru orang Islam berpegang kepada ajaran
Islam sebenar berdasarkan al-Quran dan Hadis juga menyeru umat Islam
supaya bersatu menentang penjajahan Barat di negara Islam
- Gerakan ini dipelopori Sayid
Jamaluddin al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh
- Selepas itu,pengaruh gerakan
ini disebarkan ke Tanah Melayu oleh pelajar yang menuntut di Mesir setelah
kembali ke tanah air.
Sayid Jamaluddin Al Afghani
c) Perang Rusia-Jepun
- Pada tahun 1905, Jepun
berjaya mengalahkan Rusia dalam Perang Rusia-Jepun
- Pertama kali dalam sejarah moden,
sebuah negara Asia berjaya mengalahkan sebuah kuasa Eropah
- Kejayaan ini turut
menyemarakkan semangat negara-negara Asia yang lain untuk menentang
penjajahan Barat.
d) Gerakan Kesedaran Kebangsaan China
- Pada tahun 1911, berlaku Revolusi China yang dipimpin oleh Dr.Sun Yat Sen
- Beliau berjaya menumbangkan kerajaan Manchu dan menubuhkan sebuah negara republik China
- Keadaan ini mampu membangkitkan kesedaran rakyat Tanah
Melayu untuk menentang British.
e)Gerakan Kesedaran Kebangsaan Filipina
- Jose Rizal yang memimpin perjuangan rakyat Filipina menentang penjajahan Sepanyol dengan menubuhkan Liga Filipina
- Tujuan pertubuhan ialah untuk memajukan orang Filipina dan menuntut Sepanyol memberi layanan
adil kepada rakyat Filipina.
Jose Rizal
f) Gerakan Kesedaran Kebangsaan India
- Gerakan ini dipimpin oleh Mahatma Gandhi.
- Tujuan pertubuhan gerakan ialah untuk membebaskan India daripada penjajahan British
Mahatma Gandhi
g) Gerakan Kesedaran Kebangsaan Indonesia
- Soekarno menubuhkan Parti Nasional Indonesia untuk membebaskan Indonesia daripada penjajahan Belanda
Soekarno
π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅
8.3 Gerakan
Islah Mencetuskan
Kesedaran Kebangsaan
(i) Latar belakang Gerakan Islah di Tanah Melayu
- Pada awal kurun ke-20,
semangat kebangsaan
dibangkitkan oleh golongan pelajar yang berpendidikan di Universiti
al-Azhar, Mesir.
- Mereka terpengaruh dengan
idea pemulihan Islam oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani dan
Sheikh Muhammad Abduh
- Sekembali ke Tanah Melayu,
mereka memulakan Gerakan Islah di Tanah Melayu yang dikenali sebagai ‘Kaum
Muda’
- Antara tokoh pelopor Gerakan
Islah di Tanah Melayu adalah:-
a)Sheikh Muhammad Thani bin
Jalaluddin
b) Haji Abbas bin Muhammad Taha
c) Syed Sheikh Ahmad al-Hadi
(ii) Penyebaran Idea Gerakan Islah
- Idea pembaharuan ‘Kaum Muda’
disebarkan melalui majalah ‘Al-Imam’ (pemimpin)
yang diterbitkan di Singapura tahun 1906
- Tujuan penerbitan adalah untuk - “… mengingatkan mereka yang lalai dan menjagakan mereka yang tidur dan menunjukkan mereka yang sesat dan menyampaikan suara yang menyeru dengan kebaikan …”.
- Majalah ini memberi kesan
besar dalam perkembangan pemikiran orang Melayu
- Orang Melayu mula sedar
kepentingan pendidikan dan ekonomi mereka
- Antara seruan Al-Imam
ialah:-
1. menyeru orang Melayu berpegang kepada al-Quran dan Hadis
2. tekankan pentingnya ilmu pengetahuan untuk mencapai kejayaan
3.
menitikberatkan pengetahuan sejarah kerana banyak
iktibar yang boleh dipelajari
4. menasihati ibu bapa supaya memberikan pendidikan
sempurna kepada anak-anak
5. menggesa kaum wanita diberi peluang mendapatkan pendidikan
6. mengetepikan adat resam dan kepercayaan karut yang boleh
menghalang kemajuan
- Pada tahun 1908, majalah
Al-Imam dihentikan
penerbitannya dan diteruskan oleh akhbar lain seperti
Neracha, Al-Ikhwan,Pengasuh dan Saudara
π Madrasah al-Masyhur al-Islamiah di Pulau Pinang
πMadrasah
al-Diniah Kampung Lalang di Padang Rengas
πMadrasah
Il-Ihya Assyariff, Gunung Semanggol di Perak
b) Ibrahim Haji Yaacob
c) Abdul Hadi Hassan
(iii) Tentangan Gerakan Islah
- Idea pembaharuan Kaum Muda
ditentang oleh ‘Kaum Tua’ melalui akhbar ‘Suara Benar’ dan
‘Lidah Benar’
- Kaum Tua terdiri daripada
golongan ulama’ dan pegawai agama yang tidak
menerima idea Islah Kaum Muda
- Mereka berpegang kuat kepada
adat dan agama Islam
- Pertelingkahan antara mereka
hanyalah perkara kecil yang tidak melibatkan perkara pokok
dalam agama Islam
(iv) Tokoh Pelopor Gerakan Islah di Tanah Melayu
π°Syeikh Muhammad
Tahir Jalaluddin
Tahir Jalaluddin
- Lahir di Sumatera pada tahun
1869
- Berpendidikan di Makkah dan
di Universiti al-Azhar, Mesir
- Menerbitkan majalah Al-Imam
- Pernah dilantik sebagai
Mufti Negeri Perak
- Lahir
di Singapura pada tahun 1885
- Berpendidikan
di Makkah.
- Pernah dilantik sebagai kadi di kawasan Tanjung Pagar, Singapura.
- Menerbitkan
akhbar Neracha.
π° Syed Sheikh al-Hadi
- Lahir di Melaka pada
tahun 1862
- Mendapat pendidikan
agama di Terengganu
dan di Pulau Penyengat, Riau
- Sering berkunjung ke
Makkah dan Mesir
- Mendalami idea
perjuangan Syeikh Muhammad Abduh
- Menerbitkan akhbar
Al-Ikhwan dan Saudara
π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅
8.4 Intelektual Mematangkan Perjuangan
- Gerakan Islah telah menimbulkan kesedaran di
kalangan intelektual Melayu
- Pada tahun 1930-an golongan intelektual ini menyemarakkan kesedaran kebangsaan.
(i) Golongan Intelektual Pendidikan Melayu
- Merupakan lepasan Maktab Perguruan
Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim,
Perak.
- Mereka
terdiri daripada guru-guru Melayu yang
berperanan sebagai pemimpin kepada masyarakat.
- MPSI
disifatkan sebagai ‘The Cradle of Malay
Nationalism’
- Berganding
bahu dengan golongan cerdik pandai
agama untuk memajukan orang Melayu dalam bidang
ekonomi dan pendidikan
- Usaha
ini menimbulkan kesedaran untuk membebaskan Tanah Melayu daripada
penjajahan British
- Antara tokoh nasionalis berpendidikan inggeris yang turut serta dalam memperjuangkan kesedaran kebangsaan :-
b) Ibrahim Haji Yaacob
c) Abdul Hadi Hassan
πΈ Harun Aminurrashid
- Tokoh pejuang kebangsaan lepasan MPSI
- Merupakan
guru yang bersemangat kebangsaan
- Penulis yang aktif mempelopori penulisan puisi bertemakan semangat kebangsaan

- Seorang
pensyarah MPSI
- Sentiasa
menanamkan semangat cinta akan bangsa dan negara kepada para pelajarnya
ii) Golongan Intelektual Pendidikan Inggeris
- Berjuang
menuntut hak orang Melayu dalam bidang ekonomi,
pendidikan dan pentadbiran
- Menubuhkan
persatuan dan bidang penulisan untuk
memperjuangkan kepentingan orang Melayu
- Antara
tokoh-tokohnya ialah Raja Chulan, Mohammad Eunos Abdullah,
Dato’ Onn Jaafar dan Ishak Haji
Muhammad.
π Raja Chulan
- Mendapat pendidikan di Kolej
Melayu Kuala Kangsar
- Pada
tahun 1924,beliau dilantik menjadi Ahli Majlis Perundangan Persekutuan
- Menggesa
British meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu
dan menambah peluang orang Melayu dalam perkhidmatan
kerajaan.

πMohammad Eunos Abdullah
- Berpendidikan
Inggeris di Raffles Institution, Singapura
- Merupakan
orang Melayu pertama dilantik
sebagai Ahli Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat
- Pernah
bertugas sebagai Ketua Pengarang akhbar Utusan Melayu dan Lembaga Melayu
- Pada tahun 1926 ,menubuhkan Kesatuan Melayu Singapura

π Dato’ Onn Jaafar
- Berpendidikan Inggeris di
England dan Kolej Melayu Kuala Kangsar
- Pernah
menjadi pengarang akhbar Warta
Malaya,Lembaga Malaya dan Warta Ahad
- Pada tahun 1936, beliau dilantik sebagai Ahli Tidak Rasmi dalam Majlis Mesyuarat Negeri Johor

π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅
8.5 Perjuangan Nasionalisme
Melalui Mata Pena
Peranan Akhbar dan
Majalah Melayu
1. Mengkritik dasar British yang tidak
menguntungkan Melayu.
2. Menyeru orang Melayu bersatu dan
menghapuskan semangat
kenegerian.
3. Menuntut kedudukan yang lebih baik dalam
bidang pentadbiran,
ekonomi dan pendidikan.
Antara Akhbar yang Berpengaruh Sebelum
Perang
Dunia Kedua
·
π Warta
Malaya
Diterbitkan di Singapura. Pengarang
pertamanya ialah Dato' Onn Jaafar. Menyiarkan
persoalan tentang keadaan sosioekonomi orang
Melayu. Mendesak supaya orang Melayu
diberikan lebih jawatan penting dalam
perkhidmatan kerajaan.
·
π Majlis
Diterbitkan di Kuala Lumpur. Pengarang
pertamanya ialah Abdul Rahim Kajai. Majlis dengan beraninya mendedahkan kelemahan dasar British yang mengancam kedudukan orang Melayu.
·
π Utusan Melayu
Diterbitkan di Singapura. Pengarang pertamanya
ialah Abdul Rahim Kajai. Menggesa orang Melayu meningkatkan taraf
ekonomi. Menggesa menubuhkan persatuan bagi memperjuangkan nasib bangsa dan
tanah air.
Kegiatan
Persuratkhabaran dalam Kalangan Orang Cina dan Orang India Sebelum Perang Dunia
Kedua
·
Akhbar mereka banyak melaporkan berita mengenai kegiatan ekonomi
dan sosial mereka di Tanah Melayu di samping menyiarkan peristiwa yang berlaku
di China dan India.
·
Selain itu, terdapat juga akhbar-akhbar yang
diterbitkan oleh Masyarakat Cina Peranakan dan Jawi
Peranakan dalam Bahasa Melayu.
·
Antara akhbar yang diterbitkan olah Jawi Peranakan
ialah Jawi Peranakan,Sekola Melayu, Taman Pengetahuan dan Tanjung Penagri.
·
Antara akhbar yang diterbitkan oleh Cina Peranakan
ialah Surat Khabar Peranakan, Bintang Timor, Khabar Uchapan Baru dan Bintang
Pranakan.
·
Akhbar-akhbar ini menyiarkan :
1. Berita hal ehwal masyarakat mereka
2. Berita ringkas
mengenai peristiwa yang berlau di dalam dan luar negara
·
π₯Akhbar Cina
·
Akhbar Lat Pau, Nanyang Siang Pau, Sin Chew Jit Poh dan Modern Daily
News. Lat Pau ialah akhbar harian pertama dalam kalangan Masyarakat Cina yang
diterbitkan pada tahun 1881. Isu yang dilaporkan ialah berita tentang kegiatan
sosial dan ekonomi orang Cina di Tanah Melayu dan menyiarkan peristiwa yang
berlaku di Cina.
·
π₯ Akhbar India
Akhbar Ulaga Nesan, Tamil Nesan dan Tamil Murasu.
Tamil Nesan diterbitkan pada 24 September 1924 di Kuala Lumpur. Isu yang
dilaporkan ialah berita tentang kegiatan sosial dan ekonomi mereka di Tanah
Melayu dan menyiarkan peristiwa yang berlaku di India.
·
π₯ Sekolah Melayu
Diterbitkan pada tahun 1888. Dijadikan bahan
rujukan di sekolah Melayu. Menanam semangat suka belajar dalam kalangan
pelajar.
·
π₯ Bintang Timor
Diterbitkan pada tahun 1894. Satu-satunya akhbar
yang berani melaporkan berita pemberontakan Dato' Bahaman di Pahang.
·
π₯ Bintang Pranakan
Diterbitkan pada tahun 1930. Membicarakan hal ehwal
masyarakat Cina Peranakan. Menunjukkan taat setia mereka kepada British.
Kesedaran Kebangsaan Melalui Penulisan Kreatif
·
Golongan guru, penulis dan wartawan menjadikan karya kreatif ini sebagai
saluran untuk menyalurkan perjuangan orang Melayu.
·
Puisi-puisi ini bertujuan :
1. Menyuburkan perasaan cinta akan bangsa
dan negara
2. Menyeru merebut peluang ekonomi
3. Mempertahankan maruah bangsa
·
Antara penulis cerpen yang terkenal ialah Abdul
Rahim Kajai, Ishak Haji Muhammad dan Shamsuddin Salleh.
· Karya-karya sastera ini bertemakan semangat
perjuangan, nasib bangsa dan semangat cinta akan tanah air.
·
Antara novel dan cerpen yang meniup kesedaran kebangsaan ialah :
KARYA
|
||
PENULIS
|
TAJUK
|
|
NOVEL
|
SYED SYEIKH AL-HADI
|
HIKAYAT FARIDAH HANUM
|
AHMAD RASHID TALU
|
LAKAH SALMAH?
|
|
HARUN AMINURRASHID
|
MELOR KUALA LUMPUR
|
|
ISHAK HAJI MUHAMMAD
|
PUTERA GUNUNG TAHAN
|
|
ANAK MAT LELA GILA
|
||
ABDUL KADIR ADABI
|
MELATI KOTA BHARU
|
|
PUISI
|
HARUN AMINURRASHID
|
TENAGA KAUMKU
|
RAYUAN BANGSA MU
|
||
PERWIRA MELAYU
|
||
ABDUL SAMAD AHMAD
|
SERUNAI PUJANGGAN
|
|
KAPAL TIADA NAKHODA
|
||
HARI KEJATUHAN KITA
|
||
MUHAMMAD YUSUF HARUN
|
DUNIA YANG FANA
|
|
DI LAUT SEBERANG
|
||
OMAR MUSTAFFA
|
BANGKITLAH
|
|
CERPEN |
ABDUL RAHIM KAJAI
|
SERITA AWANG PUTAT
|
ISHAK HAJI MUHAMMAD
|
RUMAH BESAR TIANG SEBATANG
|
|
SHAMSUDIN SALLEH
|
DI SINI KITA BUKANNYA ORANG DAGANG
|
|
SIASATLAH YANG TIADA DIMINTA
|
PENERBITAN AKHBAR MELAYU
π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅π΅
8.6 KESEPAKATAN MENJAMIN KEUTUHAN PERJUANGAN
·
Pertubuhan peringkat awal bersifat kenegerian.
·
Pertubuhan ini kemudiannya menjadi pendorong kepada kemunculan
pertubuhan yang bersifat kebangsaan.
Kemunculan Pertubuhan Melayu
1) Kesatuan Melayu Singapura (KMS)
Latar Belakang
Ditubuhkan pada tahun 1926 yang diasaskan oleh Muhammad Eunos Abdullah. KMS dianggotai oleh bangsawan, kakitangan kerajaan,
wartawan dan peniaga.
·
Tujuan Penubuhan
Menggalakkan ahlinya memainkan peranan yang lebih besar dalam politik
dan pentadbiran, memperjuangkan hak orang Melayu dalam bidang pendidikan dan
menjadi wakil orang Melayu untuk berurusan dengan kerajaan British berkaitan hak dan kepentingan orang Melayu.
·
Kesan
KMS menjadi perangsang penubuhan persatuan bagi memperjuangkan
kepentingan orang Melayu di negeri masing-masing. Antaranya ialah Persatuan
Melayu Selangor, Persatuan Melayu Perak, Persatuan Melayu Pulau Pinang, Persatuan Melayu Pahang dan Persatuan Melayu Kelantan.
2) Persatuan Melayu Selangor (PMS)
·
Latar Belakang
Ditubuhkan pada tahun1938 dan dipimpin oleh Tengku Ismail bin Tengku
Mohd.Yasssin.
·
Tujuan Penubuhan
Mendesak lebih ramai pegawai Melayu ditempatkan dalam kerajaan
Persekutuan dan kerajaan negeri, keanggotaan Askar Melayu diperbesarkan,
menubuhkan angkatan tentera laut dan udara di Tanah Melayu.
3) Persaudaraan Sahabat Pena (PASPAM)
·
Latar Belakang
Ditubuhkan pada bulan April 1934 dan mempunyai cogan kata 'Hidup Bahasa
Hidup Bangsa'
· Tujuan Penubuhan
Menggalakkan ahli-ahlinya dari Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan
Sarawak bertukar-tukar pendapat dan meningkatkan semangat dan kesedaran
kebangsaan dalam kalangan mereka.
Kesan
PASPAM mengadakan persidangan peringkat kebangsaan yang pertama di
Taiping, Perak. Persidangan itu berjaya menghimpunkan ahlinya dari
seluruh Tanah Melayu. Semangat kenegerian telah dapat dipecahkan dan konsep kebangsaan Melayu mula dibentuk Persidangan kebangsaan seterusnya diadakan di
Pulau Pinang, Singapura, Ipoh dan Seremban.
4) Kesatuan Melayu Muda (KMM)
·
Latar
Belakang
KMM ditubuhkan pada tahun 1938 di Kuala Lumpur dan diasaskan oleh
Ibrahim Haji Yaakob. Beliau menubuhkan KMM kerana berpendapat persatuan
berasaskan kenegerian tidak menguntungkan orang Melayu. Kebanyakan
anggota KMM terdiri daripada guru lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI).
·
Tujuan
Penubuhan
Berjuang untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan British,
bercita-cita menyatukan Tanah Melayu denagn Indonesia bagi mewujudkan Melayu
Raya, menanamkan semangat perpaduan dan kesedaran orang Melayu untuk
mempertahankan hak mereka.
·
Kesan
Perjuangan KMM dianggap radikal kerana :
- Mengamalkan dasar tidak bekerjasama dengan British
- Berani menyuarakan penentangan secara terbuka terhadap British
KMM mengadakan pakatan sulit denga Jepun untuk menentang British. Akhbar
Warta Malaya digunakan untuk membangkitan perasaan anti British dan
memperjuangkan cita-cita perjuangan KMM. Pada tahun 1941, British bimbang dengan gerakan KMM. Ibrahim Haji Yaakob dan 150 anggotanya dipenjarakan di
Singapura. Mereka dibebaskan semasa pendudukan Jepun. Walaubagaimanapun, KMM
diharamkan oleh Jepun pada tahun 1942.
Ciri-Ciri Pertubuhan Melayu Sebelum
Perang Dunia Kedua
- · Perjuangan pertubuhan bersifat sederhana.· Mereka menunjukkan kesetiaan yang kuat kepada raja-raja Melayu dan bekerjasama dengan British.· Mereka mendesak supaya lebih banyak peluang diberikan kepada orang Melayu dalam pentadbiran kerajaan.· Persatuan- persatuan ditubuhkan untuk meningkat kedudukan ekonomi dan sosial orang Melayu.· Persatuan dianggotai oleh cerdik pandai Melayu yang berpendidikan Inggeris dan berkhidmat dengan kerajaan British.
Kongres Melayu Se-Tanah Melayu
·
Kesatuan Melayu Singapura bersama-sama dengan Persatuan Melayu Selangor
telah menganjurkan Kongres Melayu Se-Tanah yang pertama
·
Kongres Melayu pertama :
1.
Diadakan di Kuala Lumpur pada tahun1939
2.
Kongres bertujuan untuk mewujudkan perpaduan kebangsaan dalam kalangan
orang Melayu.
·
Antara kejayaan kongres ialah :
1.
Diadakan di Singapura pada tahun 1940
2.
Kongres telah berjaya menarik lebih banyak persatuan Melayu termasuk
Sarawak dan Brunei.
3.
Kongres menyarankan supaya semua persatuan Melayu bekerja keras bagi
memajukan orang Melayu di negeri masing-masing.
·
Kongres Melayu ketiga pada tahun1941 tidak dapat diadakan kerana Jepun
telah menyerang Tanah Melayu
Pertubuhan Orang Cina dan India
·
Pertubuhan Orang Cina
Pada awal kurun ke-20, terdapat beberapa pertubuhan orang Cina di
Tanah Melayu seperti Hsing Chong Hui dan Chung Ho Tang. Pertubuhan ini
menumpukan perhatian kepada negara China.
·
Pertubuhan Orang Cina Peranakan
Orang Cina yang dilahirkan di Negeri-negeri Selat atau Cina Peranakan
adalah warganegara British. Mereka memberi perhatian kepada politik tempatan.
Pada tahun 1900, orang Cina Peranakan yang berpendidikan Inggeris seperti Tan
Jiak Kim, Lim Bong Keng, Song Ong Siang dan Seah Liang Seah telah menubuhkan
Persatuan Orang Cina Peranakan British. Persatuan ini ditubuhkan
bertujuan melindingi kepentingan orang Cina Peranakan di negeri-negeri Selat.
Persatuan ini menggalakkan orang Cina Peranakan mendapat pendidikan tinggi dan
teknikal. Tan Cheng Lok adalah tokoh penting pertubuhan ini.
·
Pertubuhan Orang India
Sebelum Perang Dunia Kedua, orang India terpengaruh dengan gerakan
kebangsaan di negara asal mereka. Golongan berpendidikan Inggeris pula
menubuhkan persatuan bagi melindungi kepentingan orang India di Tanah Melayu.
Persatuan ini ditubuhkan di bandar utama di Taiping, Kuala Lumpur, Klang,
Melaka, Seremban dan Pulau Pinang. Pada tahun 1936, Persatuan India Pusat Tanah
Melayu telah ditubuhkan bawah pimpinan A.M Soosay. Persatuan tersebut
ditubuhkan bagi memperjuangkan hak dan kepentingan orang India di Tanah Melayu.
Persatuan ini merupakan gabungan 12 buah persatuan India dan empat buah dewan
perniagaan India.